Info Projek

Projek ini tercetus setelah Ustaz Zahiruddin Zabidi membaca buku You've Got to Read this Book yang disusun oleh Jack Canfield dan Gay Hendricks. Buku ini mengumpulkan buku-buku yang mengubah hidup 55 orang yang berjaya. Tetapi berjaya itu tentunya dalam sudut ukuran Barat yakni berpaksikan material. Maka timbul idea untuk menemubual tokoh-tokoh di Malaysia. Pada peringkat awal kami memfokuskan kepada para ustaz berkongsi buku yang memberi impak kepada mereka secara spiritual dan intelektual. 


Menulis buku memakan masa maka video dilihat sebagai medium yang lebih pantas. Oleh itu beliau berkerjasama dengan Firdaus Ariff untuk menghasilkan siri video ini. Diharapkan setelah menembual 50 orang tokoh, hasilnya juga akan dapat dikumpulkan dalam sebuah buku.

Ikuti penerangan Ustaz Zahiruddin Zabidi dalam video ini:



Kami juga mengalu-alukan sumbangan dan sokongan dalam bentuk peralatan, idea atau wang ringgit. Hubungi kami di firdaus.ariff@gmail.com atau zahiruddinzabidi@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Komen